CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Bahagia. Show all posts
Showing posts with label Bahagia. Show all posts

Monday, July 19, 2010

Maher Zain


He has a :

:: Nice voice ::
:: Nice lyrics ::

~enuff said~~sigh

p/s : walid say : syaurah, panggil walid maher zain taw..(gedebukkkk! adoiii la)


Monday, May 24, 2010

Memory@Sejarah@History

********************
tadi tengah godek2 album dlm PC aku ni.tetiba terpandang gambar2 lama bersama husband..so, terpanggil plak nak memorite(boley ke gitu,gabungan write dan memory..haha) macam mana leh jumpa husband aku nih..

nak dijadikan cerita, dia adalah senior aku masa zaman study dulu..masa tu aku banyak lar involve aktiviti2 kolej dan aku aktif jadi fasilitator utk budak2 baru masuk.dan kat situ la jumpa dia..die pon turut sekali jadi fasi time tu..erm..aku mmg tak perasan die n die lagih lar siap kutuk aku..masa tu aku dilantik jadi ketua bagi fasi wanita, die ckp masa tu dlm hati dia..eishh,,boleh ke budak nii jadi ketua ni, mcm lembik jer,,muka pun lempoii jer,masa tu aku demam tau,tak sihat,mana tak lempoiii,,erkkk ! kemudian bermula kenal2 kat situ, die suker tanyer soklan masa session during the orientation week.dlm hati aku juga eishh..banyak nyer soalan dia nih,,erm,org yg byk tnya ni lar suami aku skang..so, 17.09.2003 tarikh kami kononnyer berkapel lar kan..ehehehk,,rase segan plak pada blog nih..bercerita,,tringt kisah dn kelakuan dulu mcm bercinta monyet kan..eii.den goliii...hahhaa..
those old days memang dipikirkan rase melampau la pulak aku nih.biasala kan, bercinta cintun ni mcm2 peel, bergaduh, berbaik, merajuk,suka, duka dan mcm2 lagi.dan akhirnya kami sama2 grad dan cari kejer..so, lepas graduation day, die plan nak bertunang. sungguh mak aku dan family members mcm terkejut juugak tapi biarlah sbb niat baik.time tu aku kejer kat KL kat standard charted bank.(xbest keje tu) dan die plak masih mengangur lagi. 1 thn lebih kami tunang da tiba masa nak disatukan tahun 2009. erm gitu la kesahnyer.so, im married wen im 25, and he 26..

:: gambar waktu raya thn 2008. lepas open house g open table plak kat Johnny ::

:: waktu dlm bas nak gi uniten bangi, ade kursus ape ntah, thn bile, aku pon da luper...muke sememeh ::

:: waktu ade talk tok det kat uniten bangi, hahha..uniform blajar la tu.. ::

:: bertunang,10.11.2007. agak kurang balance,,hahaha ::


aii,nk di memorite zaman dulu2 memang kena buat buku mcm ni.memory tinggal memory kan! semoga zaman lampau memberi seribu kenangan yang tak pernah lupa dlm hati kami.walaubagaimanapun, terima kasih kepada sang PENCIPTA.Segalanya yang ada sehingga hari ini adalah ketentuan DARIMU..Alhamdulillah..

Thursday, May 20, 2010

Doa Seorang Isteri

Doa seorang isteri

Bismillahirrahmanirrahim…..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya………..
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu?
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah…………
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah..
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya.. Aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Monday, May 3, 2010

Pengasuh@BabySitter

Seawalnya, memang ape terlintas difikiran kami waktu membuat keputusan kat mana nak hantar syaurah bila dah nk keje nanti adalah utk hantar ke rumah pengasuh. So, alhamdulillah ada la yang bagi nombor telefon utk kami call booked. Masa tu aku belum bersalin lagi. Kata jiran aku, kat sini mmg kena booked awal, walau tak beranak lagik...

so leni, alhamdulillah semua dah settle, aku balik KL awal utk settle kan pasal ni, dah bawak ma dan suami pergi rumah kakak tu.,, dari first impression, aku bagi markah hampir penuh, rumah die bersih, raut wajah kakak tu pun ada kasih sayang dan selalu jaga baby. yang paling aku rase lega, for baby die hanya nak sorang je..so, aku harap dpt bagi perhatian pnuh pada syaurah.

Mak aku yang particular banyak la tanya soalan kat kakak tu, suami keje ape, brapa org lagi budak jaga, suami balik kui bape, asal mana...sah kata mak aku, aku pun ligat pikir ape lagik soalan nk soal kakak ni..bkn hape pon,sebagai perkenalan, anyway kakak tu respons baik pada kami..

Today hari kelima syaurah kat rumah pengasuh, so start la hidup aku hantar dan ambik syaurah tiap2 hari bekerja..Mula-mula mmg rasa payah dan mcm risau boley ke aku nie.ye la nak bangun pagi2, kemas itu ini, kejer rumah lagik, rehat aku lagik..ape aku buat, aku selalu bisikkan pada diri aku supaya kuatkan semangat untuk teruskan kehidupan dan selalu fikir semua ini dtg drp Allah..

Setakat ni syaurah aku nmpak okay kat sana.pastu dia pun balik jumpa aku ptg tu senyum jerk..kata org baby ni senyumm tu tandanya cukup mkn, cukup tido..so aku lega..dalam minggu ni aku perasan sikit perubahan pada diri syaurah, die akan respon baik bila orang agah die sampai mcm nk jerit dan kalo keadaan rumah panas mmg die tak akan lena tido dan sekali lagi menjerit.ape aku tak jerit2 masa ngandungkan die hokayy.. semlm die menjerit dlm playpen, aku ingt ape la, terus lari, cek2 badan die dah peluh, dan dicelah2 lipatan kaki dan betis die berair..hadoii anak ummi..berpeloh sakan..Mungkin dah tiba masanya untuk aku tukar baju2 eyelets utk die pakai kat rumah sbb leni sgt panas. aku sendiri pun berkipas sana sini..panass..namun sayangnyer, baju tido eyelets utk orang dewasa tak ada dipasaran.hehahaha

So, today mungkin boley kata misi hantar syaurah kat rumah pengasuh untuk minggu pertama telah berjaya dengan jayanya..(ade ke ayat gitu)..namun, bahang-bahang kerisauan masih lagi ade dlm diri aku..anak sendiri mana tak nyerr kan..hujung minggu ni nk settle ape yang patut supaya hari-hariku yang bakal datang next week tak sekelam kabut minggu yang sudah (tapi aku raser minggu ni aku excellent jugak, cuma sekali je suh suami jemur baju..)

p/s: baju eyelets adalah refer kepada baju lubang-lubang jarang yang menggalakkan masuk kuar angin supaya badan tak berpeluh...by the way, aku suker trademark suami aku agah anak dara die..bunyi dia "heyyeyeyeye"...terus tersengih budak kecikk tu..hurm..dalam hati aku kata aku bahagia.. alhamdulillahhh..