CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, March 15, 2011

Pray for the best ~~

em em..touching touching..first entry touching 2011..
"doa tulus aku mengiringi perjuangan hidup rakan seperjuangan aku yang sorang ni..dugaan besar tuhan bagi pada dia untuk terus harungi hidup ini. sungguh tragis kisah cinta sampaikan diperlakukan oleh sang suami bagaikan tiada maruah. hebat sungguh dugaan yang diterima. aku tahu dia sangat tabah demi masa depan dua orang anak yang sikit pun tidak diendahkan oleh suami. semalam trilogi perjalanan cinta selama 5 thn bersama suaminya menjadi noktah. dengan aku turut menitis air mata teringtkan raut wajah anak2nya yang agak rapat dengan kami. sungguh tak sangka, manusia beginilah, segalanya akan gelap kerana duit.peringatan untuk diri sendiri dan yang lain kita hamba yang lemah ni sentiasa sedar bahawa ianya tak akan dapat dibawa kemana. dirinya seakan dianiaya hebat oleh seorang yang selama ini didambakan cinta. tetapi sebaliknya aku bersyukur betapa hebat dugaan yang diberi terselindung sebuah hikmah yang dua kali ganda hebat yang menjadi rahsia Allah. sungguh perit aku dengar kisah rumahtangga yang dihadapinya namun berat lagi bahunya yang memikul. syukur, Tuhan bagi dia penuh kekuatan dan ketenangan serta sokongan daripada seluruh ahli keluarga membuatkan kakinya boleh lagi melangkah. sang suami pula, mungkin kini terus sahaja dengan dunia kesenangannya yang dibaluti selimut keegoan seorang lelaki. kemana agaknya destinasi kehidupannya jika tanggungjawab terhdap anak seakan dibaikan sebelum ini. masyaAllah..
rakan seperjuanganku, semoga Tuhan terus memberi kekuatan kepadanya untuk merencanakan kehidupan nya bersama anak2 selepas noktah ini. setiap kali berbicara hal anak air mata turut menitis teringtkan kasih yang menjadi hak mutlak mereka dipisahkan dek kerana pegangan hidup sang ayah yang tidak betul. dikala ini, segalanya telah berakhir dn harapan aku agar segala urusan mahkamah dan tuntutan hak yang diusahakan berjalan dengan lancar. ya Allah, kepadamu aku mohon untuk berikan petunjuk ke jalan yang benar, tegakkan segala hak dn kebenaran, engkau Tuhan yag maha pengasih lagi maha menyanyangi hambaMu.."
***
this story brought puzzled in my mind to be more appreciate in our own lifepath..everything, anything, all are from Allah swt.

~~heart u both~~
both heart are the best things i eva have. thnk God for this, pray for cherishing the love till the end of time. i love u walid and thnk for being there for me and little heart. what now are full enough to giv me strength in life. heart u so strong~~

p/s : ber'latarbelakang'kan lagu 'sedetik lebih' buat entry ni lebih touching khuttt..! thumbs up anuar zain ! (tetibe je ! hihi)

0 nukilan:

Post a Comment